Thursday, 18 July 2019

10 tips menggunakan Google seperti seorang "profesional" (Bahagian 1)

10 tips menggunakan Google seperti seorang "profesional" (Bahagian 1) by Oo Cheng Keat oochengkeat - Saturday, 25 May 2019, 5:00 PM

 Oleh Specky pada 07 Mar 2018 kategori Teknologi

 Salam sejahtera, Untuk kali ini, izinkan saya berkongsi dengan anda petua-petua menggunakan Google terutamanya dalam penyelidikan tugasan anda. Kalau sudah mengetahui, anggaplah sebagai ulang kaji balik. Kalau yang belum tahu, anggaplah ilmu ini sebagai ilmu baharu anda.

Petua-petua ini saya petik daripada laman sesawang https://iluminasi.com/bm/10-tips-menggunakan-google-seperti-seorang-pro.html Petua-petua ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2. Bahagian 1 merangkumi Petua 1 hingga 5, manakala, Bahagian 2 Moga anda manfaat bersama

 Sejak pertama kali ditubuhkan 20 tahun yang lalu, Google kini telah berkembang menjadi salah satu syarikat terbesar di dunia. Namun, fungsi utama Google dari dulu masih relevan dan kekal hingga ke hari ini. Setiap hari, ada sahaja perkara yang ingin di"google". Ada sebarang persoalan? Googlekan saja. Ada orang membuat carian Google berpuluh-puluh kali dalam sehari, malah ada yang lebih dahsyat sehingga beratus kali. Bagi sebuah produk yang sangat kerap digunakan, ada banyak lagi kebolehan dan keistimewaan Google yang anda mungkin tidak ketahui. Kami kongsikan beberapa panduan dan petua untuk membuat carian Google dengan lebih efektif:

 1. Carian asas Google Mungkin anda sudahpun tahu sebahagian atau kesemua panduan ini, namun kami sertakan bersama bagi mereka yang tidak begitu mahir. Jika anda ingin membuat carian perkataan yang spesifik, seperti petikan kata-kata, buat carian menggunakan tanda petikan. (Contoh: "By increasing the good deeds we do, we will automatically have less time for bad deeds.")

 2. Gunakan simbol asterisk bagi perkataan yang anda tidak ingati Jika anda sedang mencari petikan ucapan atau teks namun anda tidak mengingati keseluruhan baris ayat, gantikan perkataan yang hilang itu dengan simbol asterisk (*). Kaedah ini akan memberitahu Google yang ada perkataan perlu digantikan di situ untuk mendapatkan keputusan carian yang lebih tepat. Cara yang sama boleh digunakan dengan lirik lagu atau tajuk berita yang anda ingat-ingat lupa.

 3. Gunakan atau (OR) & dan (AND) Penambahan perkataan AND atau OR dalam carian menggunakan huruf besar akan boleh membantu mengecilkan skop carian anda. Kaedah ini dipanggil Carian Boolean. Meletakkan AND di antara dua perkataan atau frasa carian akan membantu Google memaparkan keputusan menggunakan kedua-dua terma yang dimasukkan.

 4. Gunakan "related" untuk mencari keputusan pautan yang seakan-akan sama Jika anda sedang melihat satu laman web spesifik atau artikel dan inginkan maklumat lanjut berkaitan subjek yang sama, tambahkan perkataan "related:" sebelum alamat laman web tersebut (contoh: "related:facebook.com") Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment