Sunday, 28 July 2019

10 tips menggunakan Google seperti seorang "profesional" (Bahagian 2)

10 tips menggunakan Google seperti seorang "profesional" (Bahagian 2) by Oo Cheng Keat oochengkeat - Sunday, 28 July 2019, 12:00 PM 10 tips menggunakan Google seperti seorang "profesional" (Bahagian 2) Oleh Specky pada 07 Mar 2018 kategori Teknologi Salam sejahtera, Semua, Bertemu kembali. Berikut ialah Bahagian 2 petua-petua menggunakan Google terutamanya dalam penyelidikan tugasan anda.


6. Carian menggunakan julat nombor Jika anda mencari keputusan carian nombor dalam julat yang khusus, ada cara mudah untuk melakukannya dengan Google. Hanya gunakan dua titik antara kedua-dua nombor. Ia boleh digunakan dengan nombor asas (1..10), tarikh (1950..1970), kewangan (RM500..RM1000) dan unit ukuran yang lain (40..50 liter)
7. Laman web 'tersembunyi' Jika laman atau artikel yang anda cari sudahpun tiada dalam talian, anda masih boleh menggunakan Google untuk mendapatkannya. Selepas membuat carian, klik pada anak panah kecil berbentuk segi tiga di sebelah URL dan pilih "Cached". Anda akan dapat melihat versi laman web yang telah diarkibkan.
8. Cari keratan akhbar lama Jika anda mencari artikel lama yang tidak pernah dimuat naik dalam talian, Google telah menyediakan laman berasingan khusus untuk tujuan itu. Hanya pergi ke https://news.google.com/newspapers untuk mencari keratan akhbar lama yang telah diimbas mengikut topik.
9. Carian jenis fail khusus Anda juga boleh menggunakan Google untuk mencari fail mengikut jenis seperti PDF, fail audio ataupun Powerpoint. Cuma tambahkan "filetype:pdf" (atau apa saja sambungan fail yang anda inginkan) semasa membuat carian dan Google akan membantu anda mengecilkan skop keputusan carian secara automatik.
10. Widget carian Google Google telah menambahkan berpuluh-puluh alatan berguna untuk mempamerkan terus maklumat yang diperlukan di halaman keputusan itu sendiri. Sebagai contoh, anda boleh taip "cuaca Kuala Lumpur" (atau mana-mana lokasi yang anda inginkan) untuk mendapatkan ramalan cuaca terkini. Anda juga boleh bertanyakan pada Google tentang harga saham, skor sukan, waktu matahari terbit dan terbenam, definisi atau terjemahan perkataan, waktu tayangan filem, tukaran mata wang asing dan juga alamat IP anda. Selain itu, Google juga mempunyai widget tersendiri untuk mencari tiket kapal terbang, mengira menggunakan kalkulator, jam randik dan pengira detik.
Moga ada manfaat bersama kepada kalian, pelajar-pelajar saya. Sekian, terima kasih

Thursday, 18 July 2019

10 tips menggunakan Google seperti seorang "profesional" (Bahagian 1)

10 tips menggunakan Google seperti seorang "profesional" (Bahagian 1) by Oo Cheng Keat oochengkeat - Saturday, 25 May 2019, 5:00 PM

 Oleh Specky pada 07 Mar 2018 kategori Teknologi

 Salam sejahtera, Untuk kali ini, izinkan saya berkongsi dengan anda petua-petua menggunakan Google terutamanya dalam penyelidikan tugasan anda. Kalau sudah mengetahui, anggaplah sebagai ulang kaji balik. Kalau yang belum tahu, anggaplah ilmu ini sebagai ilmu baharu anda.

Petua-petua ini saya petik daripada laman sesawang https://iluminasi.com/bm/10-tips-menggunakan-google-seperti-seorang-pro.html Petua-petua ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian 1 dan Bahagian 2. Bahagian 1 merangkumi Petua 1 hingga 5, manakala, Bahagian 2 Moga anda manfaat bersama

 Sejak pertama kali ditubuhkan 20 tahun yang lalu, Google kini telah berkembang menjadi salah satu syarikat terbesar di dunia. Namun, fungsi utama Google dari dulu masih relevan dan kekal hingga ke hari ini. Setiap hari, ada sahaja perkara yang ingin di"google". Ada sebarang persoalan? Googlekan saja. Ada orang membuat carian Google berpuluh-puluh kali dalam sehari, malah ada yang lebih dahsyat sehingga beratus kali. Bagi sebuah produk yang sangat kerap digunakan, ada banyak lagi kebolehan dan keistimewaan Google yang anda mungkin tidak ketahui. Kami kongsikan beberapa panduan dan petua untuk membuat carian Google dengan lebih efektif:

 1. Carian asas Google Mungkin anda sudahpun tahu sebahagian atau kesemua panduan ini, namun kami sertakan bersama bagi mereka yang tidak begitu mahir. Jika anda ingin membuat carian perkataan yang spesifik, seperti petikan kata-kata, buat carian menggunakan tanda petikan. (Contoh: "By increasing the good deeds we do, we will automatically have less time for bad deeds.")

 2. Gunakan simbol asterisk bagi perkataan yang anda tidak ingati Jika anda sedang mencari petikan ucapan atau teks namun anda tidak mengingati keseluruhan baris ayat, gantikan perkataan yang hilang itu dengan simbol asterisk (*). Kaedah ini akan memberitahu Google yang ada perkataan perlu digantikan di situ untuk mendapatkan keputusan carian yang lebih tepat. Cara yang sama boleh digunakan dengan lirik lagu atau tajuk berita yang anda ingat-ingat lupa.

 3. Gunakan atau (OR) & dan (AND) Penambahan perkataan AND atau OR dalam carian menggunakan huruf besar akan boleh membantu mengecilkan skop carian anda. Kaedah ini dipanggil Carian Boolean. Meletakkan AND di antara dua perkataan atau frasa carian akan membantu Google memaparkan keputusan menggunakan kedua-dua terma yang dimasukkan.

 4. Gunakan "related" untuk mencari keputusan pautan yang seakan-akan sama Jika anda sedang melihat satu laman web spesifik atau artikel dan inginkan maklumat lanjut berkaitan subjek yang sama, tambahkan perkataan "related:" sebelum alamat laman web tersebut (contoh: "related:facebook.com") Sekian, terima kasih.

Writing Essay type of assignment

Writing Essay type of assignment by Oo Cheng Keat - Tuesday, 28 May 2019, 8:34 AM Salam sejahtera, Di sini, saya ingin berkongsi cara-cara membuat tugasan secara efektif. Moga ada manfaatnya. 1) Watch Guide to Assignment in myInspire 2) Essay should have the following parts: 3) Introduction a) Overview of the topic title of your essay b) The purpose of your essay c) Scope of what you will be writing in your essay 2) Main content a) The main points of your essay b) Always write sub-headings, and write 1 point in 1paragraph c) Support your ideas with other sources by using in-text citation 3) Conclusion a) Provide a sense of completion b) Tally with introduction and main content. Do not introduce new ideas/facts. 4) References a) Use APA Citation Style (See 5.3 of OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Learners) Remember: # Always support your points/ideas with another source. Use in-text citation as shown in Table 5.1 of OUMH1103 Learning Skills for Open Distance Learners. # Always acknowledge the source or other authors who’s work you have used in your assignment # NEVER plagiarise! Do not copy word-for-word from a source into your essay. # You must re-write the information in your own words (paraphrase) and acknowledge the source. # Write according to the Rubric requirement. Thanks